Khamis, 2 Mac 2017

3:30 a.m

Hampir setiap hari, aku cuba untuk membuang perasaan cinta, sayang & rindu... Ada satu saat, aku rasa semua perasaan tu dah pun semakin pudar tapi entah kenapa bila perasaan mula pudar pasti akan adanya makhluk2 yang membuatkan perasaan tu muncul balik...

Aku cuba buang perasaan ni dengan baik tapi makhluk2 tu membuatkan aku untuk buang perasaan aku dengan cara jahat. Aku masih pegang apa yang aku pernah ungkapkan 'walaupun pahit, semua kenangan tetap akan aku ingat & tak akan buang. apa yang jadi mematangkan aku'. Jadi, busuk ke wangi ke semua kenangan akan aku bawa sekali untuk dijadikan sumber kekuatan.

Alhamdulillah, apa yang aku pegang berjaya menjadi sumber kekuatan ku sekarang. Walaupun Umi tak pernah tahu apa yang terjadi tapi Umi tetap sokong aku. Rakan2 ku, walaupun terkadang pahit untuk ditelan kata2 mereka tapi yang pahit itulah yang menyedarkan aku. 

'Lelaki memang susah juga nak buang perasaan sayang tu tapi dorang pandai sorok tak macam perempuan'
'Tak salah untuk rindu tapi ingat jangan berharap'
'Kalau kau sayang dia, kau akan bahagia bila dia bahagia, walaupun bukan dengan kau'
'Kau rasa dia akan balas ke dengan apa yang jadi ?'
'Move on lah'

M
O
V
E

O
N

MOVE ON 
Tak sesenang yang diungkapkan... 
Banyak yang hilang untuk capai perkataan tu