di malam hari yang dingin ini , ingin saya kongsi pengalaman saya menjadi salah seorang Kontinjen Kuala Lumpur .
Alhamdulillah & syukur kerana saya diberi peluang untuk berbakti kepada negara dengan melibatkan diri dalam menjayakan Hari Kemerdekaan kita pada tahun lepas .
' KL , KL , KL ' " HEBAT ! , HEBAT ! HEBAT ! "
Masih bermain-main dalam fikiran laungan tersebut sehingga kini . Walaupun terpaksa berjemuran kami tetap bersungguh-sungguh dalam melakukan latihan . Masih bermain difikiran ketika saya demam , saya masih bersemangat & hadir ke latihan .
Masa latihan semua merungut sebab panas , lagi-lagi yang perempuan sibuk dengan muka burn lah , macam2 . Siap bawak sunblock , topi , payung , kain nak tutup muka * termasuklah saya tapi jujur sampai sekarang burn ni tak hilang *
Time rehat kami semua wajib penuhkan perut & cuci mata * uisyhhh mcm jujur sgtt je * . Tak apalah abaikan cuci mata tu . Makanan kami tiap-tiap hari sama je . Jealous jugaklah tengok sekolah lain . Hari2 makanan lain2 . Kantin kami mampu bagi Nasi Putih + Ayam Masak Merah + Sayur *rasanya nilah punca muka kami merah* . Dahlah mahal sampai ada kes keracunan lagi tu . Tapi nak buat macam mana redha jelah . Terpaksa makan jugak .
Next story pasal cikgu . Cikgu ni kalau tak ingat memang problem lah tu . Sapa yang tak ingat Cikgu Awie woiii . Cikgu nilah yang paling budak suka bahan *kan , kan , kan ... tak yah tipu* . Tapi cikgu ni memang baik . Sporting . Walaupun dia selalu menganjing nama sekolah saya ni * maklumlah VIVEKANANDA susah nak disebut * .
Cikgu kedua ni lagi sporting . Cikgu Mazlan * plg igt nma dia nilah sebab nama sama dgn abah * . Ada sekali waktu rehat , kami selfie tiba2 je dia suluh laser . Kami pun berhuhuhuhu jelah mampu . Cikgu ni memang tegas but baik . Haritu ajak dia selfie dia join je . Siap buat muka lagi .
Cikgu yang ketiga , cikgu ni cikgu paling famous dalam kalangan budak perempuan . Cikgu ni jugaklah mengajar kami menari . Nama dia Cikgu Fakhrul * not sure ejaan btul ke x * atau lebih dikenali sebagi Cikgu Ruru . Cikgu ni muda lagi tapi dah berpunyalah . Baik sangat2 . Cikgu ni pun sporting macam Cikgu Mazlan tau .
Cikgu yang keempat , cikgu ni pun in charge bahagian yang menari ni haaa . Cikgu perempuan pulak kali ni . Slim oiiii * ok , saya 'bam bam' * . Nama dia Cikgu Shareeza . Cikgu ni kalau menari memang lembut gila selembut suara dia . Ok semua lelaki tergoda * kantoiiiiiiiii ... kidding *
Haaaaa ... yang terakhir kalau yang in charge colour guard , Abg Syed lah . Yang ini memang kelakar giler . Time main , main btul2 . Time serious , jgnlh main2 . Tobat scary giler kalau dia marah . Semua terdiam . Time dia flip hair lah paling lawak sekali . Action dia memang awesome & menarik minat kami .
Okey done citer pasal cikgu . Next citer pasal group . Pasal ni memang fruss giler sebab suku daripada sekolah kami terpaksa terpisah & kedudukan tak payah cakap 1 group hujung belah kiri , 1 group tengah2 *drumline* , 1 group hujung belah kanan . Ini memang moment paling memeritkan . Yang paling tak boleh terima suku tu semua perempuan tak ada lelaki langsung * rasa nak menangis pon ada * . Bayangkan time latihan dekat Kem TUDM *tak silap lah* time rehat kami yang perempuan terpaksa merantau ke hujung untuk makan even bag kami pun kat sana . Cikgu ada dua tapi sorang jaga hujung sana yang cikgu lagi sorang entah hilang ke mana & group kami lah yang tak ada cikgu tu .
Group 2G ( SMKV )
Inilah muka - muka yang terpaksa berpisah dengan budak sekolah sendiri
( Zahirah , Atikah , Shahidah , Laavanya , Kausaliya , Neveetha , Syamira , Afiqah )
Muka semua happy je nak abis majlis katakan
Apa-apa pun memang best sebab kami yang tak pernah reti main colour guard , akhirnya reti jugak . Ingat first2 semua try basic . Macam lawan pedang . Berlanggar-langgar kayu sampai jatuh pun ade kayu . Bukan tu je , kayu cocok orang pun ada . Lawak pulak bila teringatkan menda ni . Lama kelamaan dah tak ada dah kes berlanggar . Dewan pun sunyi sepi je . Tak ada bunyi langsung . Time tu memang aman & kagum dekat diri sendiri sebab dapat buat dengan baik .
Fuhhhh... penat dah menaip ni haa... okay sebelum mengundur diri , saya akan selitkan wajah2 peserta KSV daripada SMKV ni haaa .
First Day of Training * Stadium Badminton Cheras *
* muka start burn *
* Thanks too filter *
* Hari last latihan at Kem TUDM *
Sebelum Kemuncak * Dataran Merdeka *
31.08.2015 *kemain happy semua*
Malam Sebelum Kemuncak
Pagi 31.08.2015 * dalam lift *
TAMAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan